Hari ini, sebilangan besar daripada kita aktif menjalani kehidupan yang sihat. Sudah pasti ramai yang mula bersenam, berlari, dan pasti ada yang mula membuat pilihan diet bagi mencapai kesan kesihatan.
Sekiranya boleh, anda juga disyorkan melakukan aktiviti menghilangkan tekanan seperti tidur yang cukup selama tujuh hingga lapan jam setiap malam.
Menjalani gaya hidup yang sihat dapat menjadikan kita merasai nikmat yang tuhan kurniakan dengan baik. Satu lagi perkara adalah dengan amalan pengambilan madu yang mempunyai banyak manfaat kesihatan dan ia termasuk dalam gaya hidup aktif dan sihat anda.

Tidak Semua Madu Memberi Kesan Yang Sama
Perlu diketahui, bahawa sebilangan jenis madu mempunyai manfaat kesihatan yang jauh lebih banyak daripada yang lain. Madu mampu menjadi penyembuh aktif, seperti produk madu Afiata Jihani-Campuran Madu & Halia Bentong kami yang mempunyai banyak manfaat kesihatan berbanding madu yang mungkin anda beli di pasar raya.
Kualiti madu diukur melalui ‘Total Activity’ atau TA. Produk madu Afiata Jihani-Campuran Madu & Halia Bentong dengan sarang lebah mempunyai penilaian TA tertinggi di pasaran. Ini bermaksud bahawa ia dianggap produk dengan kandungan madu super, yang mempunyai sifat antifungus, antibakteria dan anti-ragi.

Manfaat Gaya Hidup Sihat Dengan Madu
Dengan mengamalkan pengambilan madu setiap hari, ianya dapat menyokong gaya hidup sihat anda. Selain mempunyai sifat anti-mikroba semula jadi, ia juga merupakan sumber tenaga berserta antioksidan. Madu mengandungi antioksidan yang disebut flavonoid yang membantu menyokong sistem imun agar kekal sihat.
Mempunyai sistem kekebalan tubuh yang tinggi bererti anda cenderung tidak terkena batuk, selsema dan jangkitan penyakit lain.

Bukan itu saja, bukti menunjukkan bahawa madu adalah karbohidrat aktif yang berkesan. Madu aktif mempunyai Indeks Glikemik atau GI yang lebih rendah daripada gula putih. Ini bermaksud bila anda mengambil madu, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah anda meningkat dengan lebih cepat dan kemudian turun lebih perlahan daripada ketika mengambil gula putih.
Makan madu sebelum, semasa atau selepas bersenam dapat menjaga kadar gula dalam darah dan menjadikan kita lebih stabil daripada mengambil gula dari jenis lain. Ini sekaligus membolehkan anda boleh bersenam lebih lama atau pada intensiti yang lebih tinggi.

Menambah Kelebihan Madu ke dalam Makanan Anda
Biasanya, ketika kita berfikir tentang makanan manis, makanan yang terbayang adalah seperti kek, biskut dan coklat. Ini semua sarat dengan gula putih yang diproses, belum lagi lemak tepu dan kandungan bahan tenusu.
Afiata Jihanni menambah rasa manis yang lebih sihat dan semula jadi dengan rasa gula yang tidak berkurangan. Cukup hanya satu sudu dimasukkan dalam teh yang dihidang. Sekiranya anda menyukai madu, anda juga boleh minum secara terus.
Produk Jihani Madu & Halia Bentong juga sedap diambil terus dari botol untuk pengalaman rasa yang lazat!


Reviews
There are no reviews yet.