Kindermall

KHASIAT CUKA EPAL: LUARAN DAN DALAMAN

Cuka epal atau Apple Cider Vinegar tidak asing lagi pada masa kini dan sangat dikenali untuk kesihatan dan juga kecantikan dalaman dan luaran. Cuka epal diperbuat daripada proses penapaian iaitu menghancurkan epal, campuran bakteria dan yis yang menukarkan gula kepada alkohol kemudian asik asetik dan asid malik yang menjadikan ia rasa masam.
Tahukah anda? Cuka ini kaya dengan mineral seperti potasiun, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2. Justeru, ianya memberi banyak manfaat kepada kesihatan dalaman dan luaran bagi sesiapa yang mengamalkannya.
KHASIAT CUKA EPAL
1. Mampu mengawal gula dalam darah:
• Penghidap penyakit diabetis perlu mengawal pengambilan gula dalam setiap makanan ataupun dengan pengambilan ubat-ubatan. Persatuan Diabetis Amerika menyatakan bahawa pengambilan cuka pada waktu tidur boleh memberi kesan kepada glukosa dalam kalangan pesakit yang mempuyai diabetis jenis 2.

• Cara pengambilannya ialah sama ada dicampurkan dalam makanan seperti ke dalam sos salad atau campurkan satu sudu di dalam air dan minum sebelum makan.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung:
• Penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung berpunca daripada paras kolestrol yang tinggi. Beberapa kajian membuktikan bahawa epal yang mengandungi pektin, jenis serat yang mampu menurunkan tahap kolestrol dalam badan.

• Kajian dalam Pakistan Journal of Biological Sciences membuktikan bahawa tikus yang diberi cuka mengalami pengurangan LDL iaitu kolestrol jahat dan mengalami meningkatan HDL iaitu kolestrol baik.
3. Membantu tingkatkan kesihatan rambut:
• Para wanita terutamanya sangat mementingkan penjagaan rambut. Tidak perlu gunakan produk syampu yang mahal untuk merawat atau tangani rambut kusam. Pengambilan cuka epal dapat meningkatkan keliangan (porosity) iaitu kemampuan rambut untuk menyerap dan mengekalkan kelembapan rambut.

• Ianya bukan sahaja dapat mengekalkan kelembapan kulit kepala dan membantu mengilatkan rambut. Malah ianya juga dapat membantu merawat masalah kelemumur. Kandungan asid yang ada pada cuka epal dapat menghalang kulat untuk membiak di atas kepala.
4. Baik untuk sistem penghadaman:
• Masalah penghadaman sering dihadapi tidak kira usia dan ianya bukanlah pengalman yang menyenangkan. Ianya terjadi disebabkan kekurangan enzim dan probiotik juga pH yang tidak seimbang di dalam perut.

• Kandungan pektin yang ada pada cuka epal dapat membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Ianya dapat melancarkan proses pencernaan.
5. Membantu tingkatkan kesihatan kulit:
• Kadang ada antara kita punya rasa tidak yakin dengan kulit muka sendiri. Ada yang hadapi masalah pori besar, kulit berminyak dan kusam, berjerawat dan sebagainya. Disebabkan cuka epal bersifat asid, ianya mampu menyeimbangan tahap minyak pada kulit wajah.

• Boleh jadikan cuka epal sebagai toner iaitu dengan cara cairkan beberapa titik di dalam air dan titiskan pada kapas dan aliskan pada kulit muka. Lakukan 3 kali seminggu dan sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitive, cairkan lagi dan kurangkan kekerapan penggunaan.
Semoga perkongsian di atas dapat menambah pengetahuan anda dan juga dapat membantu menjawab persoalan anda. Segala tips yang dikongsikan mungkin memberi kesan yang berbeza kepada setiap individu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.