RECIPE KINDERMALL SERIES

Kek Oren Aroma | rahsia kek lembut dan sihat

Resepi dan cara buat kek oren AROMA .Kek oren sebenarnya sudah dibuat oleh kebanyakan mak-mak kita lama dahulu. Kek oren ini menggamit memori sebilangan kita mengimbau zaman kecil kita. Kali ini kita buat sendiri pula. Cuma kali ini kita gunakan Jus Oren Aroma bagi menghasilkan kek yang lebih sihat.

Jus Aroma Oren ini merupakan 100% gula buah sebenar tanpa tambahan gula. Selain bau kek yang wangi , teksturnya juga gebu dan terasa gigitan parutan kulit oren sesekali. Sesuai dimakan bersama orang tersayang dan bersama anak-anak. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN :

  1. 150 gram pure butter
  2. 115 gram gula kastor
  3. 160 gram tepung gandum diayak
  4. 1 sudu kecil baking powder diayak bersama tepung
  5. 3 biji telur gred A
  6. 4 sudu besar JUS OREN AROMA
  7. Parutan kulit oren-sebiji (bahagian berwarna oren sahaja. Warna putih akan beri rasa pahit)
  8. Pewarna makanan kuning (jika perlu)
  9. 3/4 cawan walnut/kekacang
  10. Hirisan oren untuk hiasan

Aroma

CARA-CARA :

1. Masukkan ‘Pure Butter’ & Gula Kastor ke dalam bekas.

2. Putar ‘Pure Butter’ & Gula Kastor menggunakan mesin sehingga kembang.

3. Masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren AROMA. Titiskan 1 titis pewarna makanan (jika mahukan warna lebih kuning)

5. Masukkan parutan kulit oren & walnut ke dalam adunan. Kacau sebati menggunakan spatula.

6. Tuang adunan ke dalam loyang saiz 7″x7″ yang telah dialas dengan baking paper.

7. Susun hirisan oren di atas adunan kek.

8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170┬░C selama 35 minit – 1 jam atau sehingga masak.

Dan siap….

Add to cart
Close

AROMA Apple 1L

RM10.90
Add to cart
Close

AROMA Grape 1L

RM10.90
Add to cart
Close

AROMA Mixed Fruit 1L

RM10.90
Add to cart
Close

AROMA Orange Fruit 1L

RM10.90
Add to cart
Close

AROMA Pomegranate + Apple 1L

RM10.90

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *