PENGGEMAR LEMON PERLU KETAHUI 5 KHASIAT PADA KESIHATAN TUBUH BADAN
Ramai yang sudah tahu khasiat air lemon jika diamalkan setiap hari.
Walaupun tiada kajian khusus tentang kebaikan air lemon, tapi banyak bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan lemon dan juga air kosong mempunyai banyak faedah.
Sebagai contoh, buah lemon kaya dengan kandungan vitamin C. Pengambilan air kosong pula dapat membantu sistem pencernaan anda.

Kandungan Nutrisi
Selalunya, bahan yang digunakan untuk membuat air lemon adalah buah lemon dan air. Adalah dinasihatkan bahawa tiada gula yang ditambah ke dalam minuman tersebut kerana dalam buah lemon juga mengandungi gula.
Ini adalah penting terutamanya pesakit penyakit kencing manis untuk memastikan paras gula dalam darah terkawal. Berikut adalah nilai nutrisi yang terkandung dalam air lemon untuk satu gelas bersaiz 250ml dan perahan sebiji (48g) buah lemon.
Adalah dinasihatkan bahawa tiada gula yang ditambah ke dalam minuman tersebut kerana dalam buah lemon juga mengandungi gula.
Kandungan Berkhasiat Nutrisi Lemon
Air lemon mengandungi asid sitrik yang tinggi kerana buah lemon adalah antara buah yang tinggi dengan asid sitrik. Asid sitrik terhasil disebabkan oleh proses metabolisme endogenus dalam mitokondria melalui penghasilan tenaga dalam kitaran asid sitrik. Penyerapan asid sitrik dalam perut daripada pemakanan berkait rapat dengan rembesan sitrat dalam air kencing yang tinggi.
Air lemon adalah sumber antioksidan semulajadi dan disebabkan oleh itu, buah lemon menjadi tanaman utama dan penghasilannya hampir 80 juta setahun. Air lemon terkenal dalam industri pemakanan dan dapat dibuktikan dengan penghasilan pelbagai jenis jenama berasaskan air lemon.
Asid sitrik adalah asid karbosilik yang lemak dan selalunya dijumpai pada buah-buahan sitrus. Asid sitrik selalunya digunakan sebagai pengawet makanan untuk memberikan rasa asidik dan rasa masam dalam makanan dan minuman. Garam sitrat digunakan untuk membawa mineral dalam bentuk yang mudah diserap dalam badan.
Air lemon kaya dengan sumber flavonoid semulajadi dan sebatian fenolik. Flavonoid dan sebatian fenolik berupaya dalam meningkatkan kesihatan tubuh badan dan komponen penting dalam bidang perubatan. Ini kerana flavonoid mengandungi sifat antioksidan, anti keradangan, anti mutagenik dan anti karsinogen yang merangsang fungsi enzim. Kedua-dua komponen ini berupaya dalam melawan penyakit kanser, penyakit Alzheimer, aterosklerosis dan lain-lain.

5 Kelebihan Jus Lemon Pada Badan
- Legakan Sistem Pencernaan
Hannya beberapa titik lemon sudah mampu melegakan segalanya. Lemon boleh mempercepatkan proses pencernaan dengan membanyakan penghasilan air liur dan asid perut.
Flavonoid, salah satu sebatian dalam lemon membantu merangsang sistem pencerrnaan dan meninggikan penghasilan jus pencernaan, hempedu dan asid serta merangsang pergerakan peristaltik makanan dalam saluran pencernaan.
- Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan
Seperti yang disebutkan di atas, lemon membantu dalam mengeluarkan toksik dalam badan. Selain itu, lemon membantu dalam memberikan tenaga yang cukup kepada anda. Jika anda sedang berdiet, tambahlah lemon di dalam diet anda. Seperti kebanyakan buah lain, lemon sangat rendah dengan kalori selain rendah lemak dan kolestrol.
Lemon mengandungi pectin yang boleh ‘membuatkan anda berasa kenyang’. Ia juga membantu dalam mengurangkan kadar penyerapan gula di dalam badan. Semestinya, umpama menggantikan makanan ruji anda setiap hari. Lemon juga akan mengeluarkan lebihan air di dalam badan melalui air kencing.
- Kandungan Anti Oksidan yang Tinggi
Lemon yang kaya dengan sebatian anti oksidan seperti karotenoid, flavon, flavonol, asid hidroksisinnamik, flavanon, asid sitrik dan asid askorbik berupaya untuk membantu melawan serangan radikal dalam sistem tubuh, seterusnya meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan anda untuk detoks.
- Memperbaiki Sistem Pernafasan Anda
Lemon sebenarnya boleh dijadikan potensi untuk mengatasi masalah mulut berbau dan dengkur serta pelbagai lagi masalah pernafasan yang sering berlaku.
Sebatian kaempferol dalam lemon turut dijumpai dalam ubatan anti congestive (kelegaan pernafasan) seperti balms, vaporizers, inhalers dan sebagainya.
- Membuatkan Muka Anda Lebih Berseri
Sedia maklum, Vitamin C didapati boleh mencerahkan kulit yang gelap dan menanggalkan sel kulit mati. Tanpa kuantiti vitamin C, kulit anda tidak akan mampu untuk memperbaiki kulit anda dan akan mengakibatkan kedutan di muka.
Menurut kajian, dalam 100 g buah lemon yang belum dikupas, terdapat 53.0 mg Vitamin C!
Sebatian aktif lain dalam lemon juga akan melindungi kulit anda daripada serangan bakteria yang boleh menjadikan anda kusam. Sifat anti oksidan juga akan menyumbang kepada anti penuaan!
Jus lemon turut memberikan impak yang positif kepada aspek yang lain. Akan tetapi, anda tidak boleh terlalu obses sehingga minum air lemon secara berlebihan kerana perbuatan sedemikian akan menyebabkan masalah refluksi perut, ketidakselesaan pada bahagian perut dan pedih ulu hati.
Oleh itu, pengambilan air lemon haruslah secara bersederhana dan sekali lagi dinasihatkan bahawa tiada gula tambahan pada minuman tersebut untuk mengawal paras gula dalam darah.
Reviews
There are no reviews yet.