Tahukah anda ?
Terdapat 100 bahan kimia yang semulajadi dan baik untuk manfaat manusia di dalam HALIA. Hampir 50 dari bahan kimia tersebut bersifat anti-oksida, anti-peradangan, anti-virus, anti-bakteria dan anti-kulat.
Halia juga bersifat rasa pedas dan memiliki manfaat perubatan pada diri orang yang mengamalkannya.
Di zaman Dinasti China, Halia telah dikenal pasti dapat melawan loya, radang, mengurangkan osteoarhritis, mengawal kolesterol dan melegakan kesakitan haid.
“Halia juga meningkatkan Acetylcholine, yang merupakan Neurotransmitter yang penting dalam proses pembelajaran memori pelajar “
Halia atau Ginger dalam saintifik ialah Zingiber officinale Roscoe. Berasal daripada family Zingiberaceae dan genus Zingiber . Halia mempunyai phenolic seperti gingerol, shogaols, zingiberene, and zingerone.
Phenolic ini pula ialah sejenis sebatian kimia yang mempunyai kebaikan terhadap kesihatan manusia. Halia mempunyai aroma dan rasa yang unik berasal daripada gingerol yang mempunyai khasiat terhadap kesihatan dan ramai tidak ketahui.

BAGAIMANA HALIA BANTU MENURUNKAN BERAT BADAN ?
Halia membantu tubuh badan kita dengan mencuci dan menstabilkan proses utama iaitu proses penyerapan dan penghadaman mineral dan vitamin yang baik oleh tubuh kita. Apabila badan kita berupaya menyerap mineral dan vitamin yang diperlukan, maka proses menjadi sihat atau kekal sihat menjadi lebih mudah dan baik.
Selain itu, bahan semulajadi yang terkandung di dalam Halia membantu diri kita untuk kurang makan makanan atau minuman yang tinggi dengan gula, sodium dan lemak yang tidak sihat. Pada waktu sama, ianya bantu proses pembakaran lemak dengan meningkatkan metabolisma di dalam badan.
Halia juga berupaya mengawal dan mengatur hormon yang memberi kesan pada tekanan, tidur dan penghasilan tenaga tubuh badan kita. Menarik bukan !

APAKAH BAHAN DALAM HALIA YANG MENURUNKAN BERAT BADAN ?
Terdapat 2 bahan utama dalam Halia yang bertanggungjawab dalam membantu menurunkan berat badan kita :
PERTAMA : GINGEROLS
KEDUA : SHOGAOLS
Kedua-dua bahan kimia semulajadi diatas ini yang membuatkan kita rasa pedas apabila menikmati Halia. Bahan-bahan ini juga berfungsi sebagai anti-keradangan, anti-oksida dan menstabilkan paras gula dalam darah. Gula yang berlebihan menyumbang kepada berat badan naik.
Kajian Abdali, Samson dan Grover (2015) dari Universiti Kuwait mendapati obesiti memberikan kesan kepada tekanan oksidatif (oxidative stress) dan keradangan (inflammation). Tekanan oksidatif berlaku kerana kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh kita.
Satu lagi kajian pada tahun 2015 yang diterbitkan dalam National Library of Medicine mendedahkan sekumpulan wanita yang obese telah mengambil 2 tablet 1 gram serbuk Halia setiap hari selama 12 minggu berturut-turut dan didapati mengalami penurunan berat badan yang signifikan.
Dalam kertas kajian yang diterbitkan oleh US National Librabry of Medicine pada tahun 2012 pula mendedahkan 10 individu lelaki yang mengambil 2 gram serbuk Halia dengan air panas sebagai sarapan pagi mendapati rasa lapar mereka berkurangan dalam tempoh 6 jam tersebut.
Moga bermanfaat.
Syed Faizal Sitheek Rahman
Penulisan artikel ini berasaskan sumber :
Abdali, D., Samson, S. E., & Grover, A. K. (2015). How effective are antioxidant supplements in obesity and diabetes?. Medical principles and practice : international journal of the Kuwait University, Health Science Centre, 24(3), 201–215. https://doi.org/10.1159/000375305
Ebrahimzadeh Attari, V., Asghari Jafarabadi, M., Zemestani, M., & Ostadrahimi, A. (2015). Effect of Zingiber officinale Supplementation on Obesity Management with Respect to the Uncoupling Protein 1 -3826A>G and ß3-adrenergic Receptor Trp64Arg Polymorphism. Phytotherapy research : PTR, 29(7), 1032–1039. https://doi.org/10.1002/ptr.5343
Mansour, M. S., Ni, Y. M., Roberts, A. L., Kelleman, M., Roychoudhury, A., & St-Onge, M. P. (2012). Ginger consumption enhances the thermic effect of food and promotes feelings of satiety without affecting metabolic and hormonal parameters in overweight men: a pilot study. Metabolism: clinical and experimental, 61(10), 1347–1352. https://doi.org/10.1016/j.metabol.2012.03.016